26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kes demam denggi catat trend penurunan, 3.3 peratus

Sebanyak 55 lokaliti titik panas dilaporkan pada minggu ini berbanding 53 lokaliti titik panas pada minggu sebelumnya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes denggi menunjukkan trend penurunan dengan sebanyak 3.3 peratus atau 1,871 kes dilaporkan berbanding 1,935 kes pada minggu sebelumnya pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 iaitu dari 4 hingga 10 Disember lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, lima kematian akibat komplikasi demam denggi berlaku pada ME-49 melibatkan dua kes di Perak dan masing-masing satu kes di Selangor, Johor dan Sarawak.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 60,110 kes berbanding 24,589 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 144.5 peratus.

“Sebanyak 44 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Katanya, 55 lokaliti titik panas dilaporkan pada minggu ini berbanding 53 lokaliti titik panas pada minggu sebelumnya.

“Ia melibatkan 26 lokaliti titik panas berada di Selangor, Sabah (21), Kuala Lumpur dan Putrajaya (lima) dan Pulau Pinang (tiga).

“Survelan chikungunya pula merekodkan 32 kes pada ME ke-49 dengan 23 kes di Pulau Pinang.

“Sementara tujuh kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Kedah dan Pahang dengan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 763 kes,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan