27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Gajikan kru warga asing tanpa permit, bot nelayan ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan kru warga asing pagi semalam.

Bot nelayan kelas C 2 itu ditahan dalam Op Tanjung ketika kapal Maritim Malaysia melakukan rondaan pada sekitar jam 9.13 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, terdahulu kapal ronda Maritim Malaysia mengesan sebuah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan sebelum mendapati sedang menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kedudukan 62 batu nautika barat Pulau Kendi.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan lanjut, bot yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak itu dikendalikan lima kru pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berumur dalam lingkungan 20 hingga 43 tahun.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

“Sehubungan dengan itu, bot bersama kru ditahan termasuk hasil laut dianggarkan berjumlah 150 kilogram, dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan