32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

KPM fokus isu cabaran ekonomi bukan UEC

Bagaimanapun, apa-apa isu terkait rapat termasuk yang dibangkitkan sekarang seperti UEC akan diilhat dari semasa ke semasa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi tumpuan utama dalam mendepani isu cabaran ekonomi dan kos sara hidup terlebih dahulu dan bukannya mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, buat masa ini, tumpuan utama KKM adalah kepada usaha tersebut yang merupakan agenda utama di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Bagaimanapun, apa-apa isu terkait rapat termasuk yang dibangkitkan sekarang seperti UEC akan dilihat dari semasa ke semasa.

“Apa-apa berkait dengan manifesto juga kita akan lihat semula termasuklah perkara itu (manifesto mengenai UEC) kerana kita sekarang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kita tidak lagi bercakap mengenai manifesto kerajaan atau pun PH (Pakistan Harapan) semata-mata.

Advertisements

“Manifesto ini  juga kita akan lihat dari masa ke semasa mengikut keperluan dan keutamaan semasa,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Hadir sama adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Pkharuddin Ghazali.

Pada 26 November lalu, Dong Zong menggesa kerajaan Perpaduan mengiktiraf sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Persendirian Cina secepat mungkin.

Ini memandangkan kerajaan PH sebelum ini menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji dasar UEC pada Oktober 2018 dan berjanji untuk mengiktiraf sijil pendidikan berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan