30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Ka Siong nafi terlibat pertemuan pemimpin BN, Pas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kesal dengan fitnah kononnya beliau terlibat dengan satu mesyuarat yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pas di Tropicana Golf Club, semalam.

Sebaliknya kata bekas Menteri Pengangkutan itu, kehadiran beliau atas jemputan dua usahawan Cina untuk menikmati dimsum di sebuah restoran di kelab tersebut.

“Apabila tiba di Tropicana, saya terserempak dengan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Yaakob yang bersarapan di kafe sebelah dengan Chinese Restaurant. 

“Saya bertegur sapa dengan PM9 sebelum dua orang rakan saya tiba. Apabila rakan-rakan saya tiba, saya terus masuk ke Chinese Restaurant,” katanya hari ini.

Advertisements

Sebelum itu, tular satu ciapan Twitter mendakwa satu pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pas telah berlangsung di kelab golf tersebut pagi semalam.

Ciapan itu menyebut nama-nama pemimpin kedua-dua parti yang hadir ialah Ismail Sabri, Pengerusi NGO Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ka Siong dan Tun Faisal Ismail Aziz.

Ka Siong menegaskan bahawa tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan mana-mana wakil parti politik. 

“MCA telah menyatakan pendirian jelas iaitu akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan