28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

UMNO adakan dua mesyuarat penting hari ini

Pada sebelah malamnya pula diadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN.

Mesti Baca

UMNO akan mengadakan dua mesyuarat penting hari ini susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, pada pukul 12 tengah hari parti itu akan mengadakan Mesyuarat Biro Politik dan semua Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri diminta untuk hadir.

Manakala pada pukul 3 petang pula, parti itu mengadakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diadakan pukul 8 malam.

“Langkah segera yang UMNO akan lakukan ialah mengadakan dua mesyuarat penting ini. Mesyuarat Majlis Tertinggi BN pula akan diadakan jam 8 malam, Ahad 20 November 2022. Terima kasih,” katanya menerusi Twitternya lewat malam ini.

Advertisements

Berdasarkan pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga pukul 1 pagi ini, BN hanya memenangi 16 kerusi daripada 220 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU-15 semalam.

Dua kerusi iaitu Parlimen Padang Serai dan Parlimen Baram ditangguhkan.

Pakatan Harapan (PH) sedang mendahului dengan 28 kerusi diikuti oleh Pas (18 kerusi), Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan DAP masing-masing memenangi empat kerusi di Sabah sementara Warisan, dua kerusi.

Bagaimanapun, BN mengalami kekalahan teruk apabila gagal memenangi sebarang kerusi di Kelantan dan Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan