30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PH mendahului 28 kerusi setakat 12.15 tengah malam – SPR

Jumlah itu daripada 220 kerusi Parlimen yang dipertandingkan selepas dua kerusi Parlimen tidak dilaksanakan pengundian semalam iaitu Padang Serai dan Parlimen Baram. 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) mendahului sejumlah 28 kerusi Parlimen bagi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diumumkan secara rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat pukul 12.15 tengah malam ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu daripada 220 kerusi Parlimen yang dipertandingkan selepas dua kerusi Parlimen tidak dilaksanakan pengundian semalam iaitu Padang Serai dan Parlimen Baram. 

Menurutnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh 20 kerusi, diikuti Pas (18), Perikatan Nasional (PN), 17 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 16 kerusi.

“Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan DAP masing-masing memenangi empat kerusi, manakala Parti Warisan Sabah (Warisan) pula memperoleh dua kerusi.

Advertisements

“Selain itu, tiga parti memperoleh satu kerusi iaitu Ikatan Demokratik Rakyat (Muda), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan calon Bebas,” katanya hari ini.

Ujar Abdul Ghani lagi, keputusan yang diumumkan berkenaan mengikut masa berkala oleh calon yang mewakili parti-parti politik dan calon Bebas.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan