34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Memalukan! Tun M hilang wang deposit di Langkawi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri paling lama berkuasa, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima tamparan paling hebat dalam karier politiknya apabila hilang wang deposit ketika bertanding di Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pemimpin berusia 97 tahun ini yang bertanding atas tiket Parti Pejuang hanya memperoleh 4,566 undi, sekaligus bakal menamatkan karier politiknya paling memalukan selepas menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun 22 bulan di bawah dua parti berbeza.

Dalam pertembungan lima penjuru itu, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berjaya memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 25,5463 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj (11,945 undi), calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya (5,417 undi) serta seorang calon bebas, Datuk Paduka Abdul Kadir (89 undi).

Suhaimi menang dengan majoriti 13,518 undi.

Pada PRU-14 lalu, Dr Mahathir yang kembali daripada persaraan politik dan menubuhkan parti Bersatu, telah bertanding atas tiket Pakatan Harapan dan menang dengan majoriti 8,893 undi.

Beliau menewaskan calon BN, Dr Ir Nawawi Ahmad dan Zubir Ahmad (Pas).

Dr Mahathir yang sebelum ini diwar-warkan sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan parti-parti Gerakan Tanah Air (GTA) memenangi PRU-15 merupakan calon tertua dalam PRU-15.

Seorang lagi adalah Tengku Razaleigh Hamzah yang turut tewas di Gua Musang buat pertama kali sejak tahun 1974. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan