24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Langgar syarat lesen: 2 bot kelas B, kru warga asing ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan (BNT) kelas B pada kedudukan lebih kurang 1.5 batu nautika barat daya muara Pantai Remis sekitar jam 6.10 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot Maritim Malaysia selepas menerima aduan komuniti nelayan setempat.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot pertama dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga Myanmar, seorang kru warga Thailand dan seorang kru warga Kemboja berumur lingkungan 33 hingga 44 tahun menggunakan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati, kesemua tekong dan kru warga asing itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, hasil pemeriksaan bagi tangkapan kedua pula mendapati, bot tersebut dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga Myanmar berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun juga melakukan kesalahan yang sama.

“Tekong dan kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua kru serta bot ditahan untuk siasatan lanjut,”katanya.

Ujar beliau, sebarang maklumat atau aduan jenayah maritim, orang ramai boleh menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan