26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Neelofa akhirnya kongsi wajah Bilal

Terdahulu, Neelofa meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah pihak yang berusaha menyunting muka anaknya sehingga mengubah muka Bilal yang sebenar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEBRITI terkemuka, Noor Neelofa, 33, akhirnya secara rasmi memuat naik wajah anaknya,  Muhammad Bilal Muhammad Haris dalam media sosial rasmi Instagramnya.

Bahkan, perkongsian itu lebih manis apabila video berdurasi satu minit 44 saat memaparkan wajah anaknya dari sejak baharu dilahirkan hinggalah yang terkini.

Walaupun baharu sahaja dikongsikan kurang 30 minit, video tersebut telah mendapat tanda suka lebih 112,000 dan lebih 6,000 komen.

“Cinta dan sayang pada anakku Bilal… Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini.

“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil,” katanya dalam Instagram hari ini.

Malah, Neelofa turut meluahkan betapa bersyukurnya atas kelahiran Bilal.

“Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna. Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.

“Jika keselesaan yang ditaruhkan tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.

“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah,” katanya.

Advertisements

Dia turut mendoakan agar Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.

“Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami… Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya Semoga fakih dia dalam agama… Semoga doanya adalah seperti disebut,” kongsinya.

Terdahulu, Neelofa meluahkan rasa kecewa dengan sesetengah pihak yang berusaha menyunting muka anaknya sehingga mengubah muka Bilal yang sebenar.

Berita kelahiran tersebut dikongsikan suami Neelofa iaitu Muhammad Haris Ismail atau PU Haris.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami pada 29 Januari 2022 pukul 3.44 petang,” kongsi Haris ketika itu.

Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

Sejak Julai tahun lalu, berita mengenai kehamilan Neeofa hangat diperkatakan umum, namun pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu kekal dengan pendirian untuk tidak berkongsi lanjut mengenai status kandungannya sehinggalah perkara tersebut dikongsikan baru-baru ini dalam sebuah majlis pelancaran produk baharu keluarannya.

Malah, wajah anak Neelofa juga tidak didedahkan secara langsung kepada umum apabila wajah Bilal sering ditutupi dengan objek atau sebagainya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan