24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Remaja maut langgar pembahagi jalan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja berusia 19 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 23 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai, Johor hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Nur Helmi Rafiee meninggal dunia di tempat kejadian.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pukul 5.13 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai tujuh anggota dengan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisements

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi.

“Mangsa dikatakan dalam perjalanan menghala arah selatan dan kemudian terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan