26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Video tular guru bantu pelajar beg usang sentuh hati netizen

Berdasarkan nama sekolah di pakaian pelajar di video berkenaan, guru dan pelajar tersebut merupakan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ambrose, Ayer Tawar, Perak.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SATU rakaman video tular memaparkan kasih seorang guru terhadap seorang pelajar membawa beg yang sudah usang ke sekolah sejak dua hari lalu menyentuh hati netizen.

Video tular di TikTok yang dikongsikan Aishamad itu yang sudah ditonton lebih 1.4 juta sehingga pukul 9 malam tadi membuatkan ramai yang sebak.

Menerusi video berkenaan, kelihatan guru wanita berkenaan sedang memeriksa beg sekolah seorang pelajar lelaki India untuk dikosongkan.

Berdasarkan nama sekolah di pakaian pelajar di video berkenaan, guru dan pelajar tersebut merupakan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ambrose, Ayer Tawar, Perak.

Sebaik mengosongkan beg tersebut, guru tersebut terus mencapai dan membuka sebungkus plastik berisi beg sekolah baharu berwarna hitam lalu dihulurkan kepada pelajar itu.

Dari riak wajah pelajar itu, dia menahan sebak dan terharu dengan pemberian gurunya itu.

Pelajar lelaki itu menunduk beberapa kali sepertinya mengucapkan terima kasih kepada guru tersebut.

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat kasih sayang guru tersebut dan menyatakan pelajar berkenaan juga sangat sopan serta berbudi bahasa dengan guru tersebut.

Advertisements

Menurut komen Aishamad yang juga seorang Cikgu, dia tidak menyangkakan perkongsian video berkenaan akan menyebabkan akaun media sosialnya turut bertambah lebih 6,000 pengikut dalam temp0h 24 jam.

“Jom sama-sama sebarkan kasih sayang tanpa mengira bangsa,” kongsinya.

Bagi seorang pengguna TikTok, Haim Hilman, dia mengucapkan tahniah kepada cikgu berkenaan.

“Semoga menjadi contoh kepada mereka yang lain.  Berbuat baik sesama insan dan kepada anak didik. Alhamdulilah,” kongsi Haim Hilman.

Manakala, bagi abe rare, dia mengakui perkongsian berkenaan menyebabkan hatinya tercuit.

“Tercuit hati yang keras ni. Semoga keduanya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan