25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bayi ditinggal dalam beg tepi kedai makan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG bayi perempuan dianggar berusia dua bulan ditemui ditinggalkan dalam kawasan kedai makan di kawasan Apartmen Sri Rakyat, Bandar Baru Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata, bayi berkenaan ditemui orang awal sebelum memaklumkan kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras melalui panggilan MERS 999 oleh orang awam pada jam 10.49 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jalil dihantar ke lokasi penemuan bayi terbabit untuk siasatan.

“Siasatan awal mendapati bayi perempuan dianggar berusia dua bulan itu ditemui orang awam dalam sebuah beg dan diletakkan di kawasan kedai makan.

Advertisements

“Pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di lokasi kejadian membuat pemeriksaan dan mengesahkan bayi berada dalam keadaan sihat,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bayi itu dibawa ke Balai Polis Bukit Jalil dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan