28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Keluarga tawar ganjaran RM150,000 jika jumpa Chong Loong

Lelaki itu hilang ketika melakukan pandu uji jet ski di perairan berdekatan Pulau Talang-Talang, Sematan, Sarawak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI keluarga Lee Chong Loong, lelaki yang hilang ketika melakukan pandu uji jet ski di perairan berdekatan Pulau Talang-Talang, Sematan, Sarawak, menawarkan ganjaran wang kepada individu yang berjaya menemukan mangsa.

Dalam satu poster yang tular hari ini, ahli keluarga mangsa menawarkan ganjaran RM30,000 dan jika mangsa ditemukan masih hidup pula sebanyak RM150,000 akan diberikan.

“Jika anda mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi 019-8553333 atau 016-8872000. Kami merayu kepada orang awam untuk membantu mencari Chong Loong yang dilaporkan hilang ketika menaiki jet ski dari Pulau Talang Talang ke jeti Santubong.

“Pertolongan dalam pencarian Chong Loong amat diperlukan secepat mungkin,” kongsi keluarga mangsa dalam poster tersebut.

Mangsa berusia 46 tahun, kali terakhir memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang berwarna hitam dan dilaporkan hilang pada Jumaat lalu sekitar pukul 4 petang.

Selain itu, terdapat juga tatu di anggota badan mangsa.

Advertisements

Pada 18 September lalu, operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching menemui petunjuk baharu iaitu jet ski yang dipandu oleh mangsa hilang di Pulau Talang, Sematan.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus dilaporkan berkata, pada jam lebih kurang 5.30 petang, pihaknya menerima maklumat daripada bot pemancing dari Jeti Santubong bahawa mereka telah menjumpai satu jet ski berwarna hijau pada jarak lebih kurang 8.2 batu nautika barat laut Tanjung Sipang.

“Jet ski yang dijumpai terapung itu telah diiringi masuk ke Jeti Pak Amit, Santubong dan tiba pada jam lebih kurang 1.10 pagi tadi.

“Pihak keluarga mangsa yang turut hadir pada pagi tadi dan mengesahkan bahawa jet ski tersebut kepunyaan mangsa yang dilapor hilang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan