24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Fasiliti awam, sekolah asrama jadi PPS bermula 1 Oktober – KSN

Mesyuarat memutuskan agar operasi penempatan mangsa-mangsa banjir dilaksanakan dengan mengambil kira keselesaan dan kebajikan Keluarga Malaysia secara keseluruhannya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PREMIS-PREMIS awam dan sekolah-sekolah berasrama yang mempunyai fasiliti lengkap dan selesa akan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menghadapi banjir dan musim tengkujuh, berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, penggunaan premis dan fasiliti tersebut telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan serta agensi-agensi berkaitan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, yang membincangkan mengenai kesiapsiagaan bagi menghadapi monsun timur laut 2022/2023.

“Mesyuarat memutuskan agar operasi penempatan mangsa-mangsa banjir dilaksanakan dengan mengambil kira keselesaan dan kebajikan Keluarga Malaysia secara keseluruhannya.

“Bagi memastikan kelancaran operasi di lapangan, arahan MKN 20 telah menetapkan bahawa pegawai daerah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mempunyai kuasa untuk mengenal pasti dan mengisytiharkan mana-mana premis awam dan sekolah terutamanya sekolah berasrama untuk dijadikan sebagai PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Zuki lagi, pelbagai agensi kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat sentiasa bekerjasama dengan erat untuk terus meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang bencana.

Advertisements

“Ini bagi memastikan Keluarga Malaysia yang terkesan mendapat penempatan yang selesa, perlindungan yang selamat serta kebajikan yang terjamin sepanjang berada di PPS,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun akan bermula pertengahan September ini sehingga November dan monsun timur laut 2022/2023 pula bermula November hingga Mac 2023.

Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat monsun bermula November hingga Disember.

Manakala Johor, Sabah dan Sarawak dijangka berhadapan hujan lebat monsun bermula Disember hingga Januari 2023.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan