26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Tujuh parti politik mohon jadi komponen BN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA tujuh parti politik di negara ini telah mengemukakan permohonan untuk menjadi sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Beliau berkata, selain Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu ditubuhkan dengan antara pemimpinnya ialah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin terdapat tujuh lagi parti yang membuat permohonan serupa.

“Kenapa agaknya banyak parti mahu menyertai atau kembali semula sebagai komponen BN?

“Fenomena ini bukan setakat Parti Bangsa Malaysia (PBM) tapi sekurang-kurangnya tujuh parti sudah kemukakan permohonan untuk menyertai BN,” katanya menerusi Facebook beliau.

Semalam, Zuraida memaklumkan bahawa parti baharunya itu telah membuat permohonan untuk menyertai komponen BN sejak tiga minggu lalu namun sehingga kini masih belum menerima jawapan.

Advertisements
Puteri UMNO
ZAHIDA ZARIK KHAN – Sumber: Facebook

Sementara itu Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan juga merasa pelik apabila ada pemimpin kembali ‘mengendeng’ BN walhal selepas PRU-14 lalu mereka ramai-ramai menjauh.

“Tak kurang yang hina kita sebagai parti perompak pencuri. Tapi hari ini ramai pula yang nak ‘mengendeng’ dekat kita. Kenapa ya?” katanya.

Zahida turut mengesahkan terdapat sekurang-kurangnya tujuh lagi parti politik selain PBM yang telah memohon untuk menyertai komponen BN.

“Adakah kita patut terima mereka? Apa pandangan anda?” soal beliau.

Semalam, Exco Pemuda UMNO, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, PBM dan Zuraida tidak layak menyertai komponen BN kerana mempunyai rekod lompat parti serta memungkiri janji manifesto sendiri.

Sehubungan itu, beliau menggesa Zuraida membawa PBM menyertai ‘khemah besar’ yang sedang dibina bersama oleh DAP, PKR dan Amanah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan