29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

12 ekor anak anjing seludup bernilai RM96,000 dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 12 ekor anak anjing baka Cyprus Poodle dan Pomeranian yang diseludup dari negara jiran dirampas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas menahan seorang lelaki di Pangkalan Haram Jali, Kampung Jenub dekat Tanah Merah kelmarin.

Kesemua haiwan bernilai RM96,000 itu dirampas selepas anggota PGA menyerbu sebuah kereta yang diletakkan berhampiran pangkalan haram tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika intipan dijalankan, sebuah perahu dari arah Thailand dengan membawa beberapa bakul menuju ke tebing sungai.

Menurutnya, beberapa lelaki dilihat memunggah bakul-bakul ke dalam sebuah kereta yang sedang menunggu di kawasan berhampiran pengkalan haram berkenaan.

“Anggota PGA terus membuat serbuan sebelum kesemua lelaki yang memunggah barang itu berjaya melarikan diri, namun polis sempat menahan pemandu kereta tersebut yang berusia 59 tahun.

“Pemeriksaan di dalam kereta itu telah menjumpai lima buah sangkar yang mengandungi 12 ekor anjing jenis Cyprus Poodle dan Pomeranian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan, lapor Kosmo.

Katanya, kesemua rampasan anjing itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Maqis 2011.

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan