26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

RUU pembiayaan politik perlu – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RANG Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik adalah perlu bagi mengelak adanya ‘kambing hitam’.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan adanya RUU berkenaan maka tiada lagi pihak yang akan teraniaya dan dipersalahkan dalam isu pembiayaan politik dan derma politik.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, RUU Pembiayaan Politik pernah dicadangkan, namun apabila BN kalah ia tidak sempat dibentangkan.

“Akibatnya apabila era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja rang undang-undang tersebut tak dibentangkan, maka pendakwaan terpilih berlaku dan berunsur politik.

“Yang menjadi mangsa ialah mereka dianggap musuh politik. Apabila saya enggan membubarkan Umno, saya dan teman-teman pimpinan parti dijadikan kambing hitam dalam isu kes wang pembiayaan politik dan derma.

“Peliknya yang bersekutu dengan mereka tiada pula apa-apa pendakwarayaan hingga kini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Advertisements

Menurutnya yang juga Presiden Umno, sehingga hampir berakhirnya sidang Dewan Rakyat, kali ini RUU berkenaan masih belum dibentangkan.

“Maka apabila BN menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan menguasai Parlimen akan dipastikan rang undang-undang tersebut akan dibentangkan di Parlimen.

“Tiada lagi pihak yang akan teraniaya dan kambing hitam dalam isu pembiayaan politik dan derma politik.

“Bak kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, individu yang memberikan dana politik tidak berasa khuatir, manakala penerima tidak dizalimi,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan RUU berkenaan menjadi antara azam Umno dan BN sekiranya memenangi PRU-15.

“Janganlah putus asa dan teruskanlah bangkit. Masa akan tiba tidak lama lagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan