25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Konflik terbuka dalam media sosial makin membimbangkan

Agenda 'New Malaysia' akan menyemai pemikiran baharu kepada orang ramai untuk menolak sistem sedia ada

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERANGAN pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu New Malaysia yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial semakin membimbangkan.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Zamri Yahya berkata, trend semasa penyalahgunaan media sosial semakin membimbangkan iaitu bagi penyebaran berita palsu, salah faham dan untuk mencapai pemutarbalikan kebenaran.

“Penyalahgunaan ini akan menyemai pemikiran baharu kepada orang ramai untuk menolak sistem sedia ada.

“Orang ramai semakin keliru dan jadi tidak menentu kerana maklumat telah diselewengkan sekali gus timbulkan kegusaran dan mengancam keharmonian negara,” katanya.

Advertisements

Zamri berkata demikian semasa menjadi panel jemputan bertajuk “Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa & Akan Datang” pada Persidangan Keselamatan Negara 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, serangan sedemikian amat berbahaya kerana boleh mengundang provokasi perkauman, keagamaan sekiranya tidak dikawal.

“Misalnya insiden di Puchong baru-baru ini di mana seorang individu dibelasah orang ramai susulan kenyataan dibuatnya yang menghina Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Pada Ahad lepas, polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang disyaki menghina agama Islam dalam media sosial, di sebuah rumah di Puchong. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan