24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Kok Chi

Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Sieh Kok Chi yang meninggal dunia, Sabtu lepas.

Istana Negara menerusi Facebook berkata, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa dan sumbangan mendiang kepada pembangunan dan kemajuan sukan negara dan juga menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada MOM dan dunia sukan tanah air.

“Sesungguhnya semangat dan usaha besar serta pengorbanan mendiang dalam memikul tanggungjawab dan amanah sewajarnya dijadikan inspirasi kepada semua rakyat,” katanya hari ini.

Dalam hantaran berkenaan juga, mendiang merupakan antara salah seorang individu yang bertanggungjawab membangunkan MOM dengan berkhidmat sekian lama sehingga badan induk itu berdiri teguh hingga hari ini.

Advertisements

Menurutnya, mendiang menawarkan perkhidmatan secara sukarela kepada MOM sejak 1974 yang mana mendiang pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa dan pasukan petugas badan induk itu sebelum dipilih sebagai Setiausaha Kehormat pada 1992.

“Mendiang juga menumpukan kerjayanya kepada MOM tanpa apa-apa imbuhan sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kehormat (1992-2013) dan Setiausaha Agung (2013-2015) serta Penolong Setiausaha Agung (2015-2018) MOM,” katanya.

Untuk rekod, Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan