27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

10 negeri catat penggunaan ICU lebihi 60 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 10 negeri mencatatkan penggunaan unit rawatan rapi (ICU) melebihi 60 peratus dengan Kelantan mencatatkan penggunaan ICU paling tinggi pada kadar 76.6 peratus.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW, kemudian negeri lain diikuti Selangor dengan 74 peratus, Kedah (73.4 peratus), Putrajaya (70 peratus) dan Kuala Lumpur (69.6 peratus).

“Selain itu di Negeri Sembilan ia mencatatkan penggunaan ICU sebanyak 67. 3 peratus, Sabah (65.9 peratus), Johor (65.5 peratus) dan Perak (61,9 peratus),” menurut data tersebut.

Selebihnya iaitu 3.6 peratus bersamaan 1,568 kes sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (33), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (39) dan ICU serta tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (16).

Sementara itu, kes harian COVID-19 di negara ini menghampiri 4,000 kes iaitu sebanyak 3,902 kes dilaporkan setakat tengah malam tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes penularan wabak berkenaan di negara ini meningkat kepada 4,629,963 kes.

Jumlah jangkitan baharu itu membabitkan 3,898 kes penularan tempatan dengan empat kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini terdapat sebanyak 43,144 kes yang masih aktif.

Daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 96.2 peratus atau 41,488 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Turut dilaporkan ialah terdapat lapan kes kematian dengan satu kes meninggal dunia diluar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini jumlah keseluruhan angka korban akibat jangkitan berkenaan ialah 35,870 kes. Daripada jumlah itu sebanyak 7,609 kes meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Dalam pada itu, sebanyak 2,935 kes sembuh dilaporkan di negara ini menjadikan jumlah individu pulih daripada jangkitan berkenaan adalah sebanyak 4,550,949 kes.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan