32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lelaki nyaris tertimbus ketika buat kerja pembaikan paip

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga Indonesia berdepan detik cemas apabila separuh badannya tertimbus dalam lubang ketika melakukan kerja pembaikan paip di Laman View Cyberjaya dekat Sepang, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata, ketika kejadian, mangsa, Samsul Maarif, 43, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan paip di dalam lubang yang digali sedalam 3.04 meter.

“Ketika sedang membuat kerja-kerja pembaikan itu, secara tiba-tiba tanah yang digali telah runtuh lalu menimbusi sebahagian badan mangsa dari paras pinggang dan ke bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Norazam berkata, bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 2.16 petang, tidak membuat sebarang penyelamatan kerana mangsa telah dikeluarkan oleh rakan sekerja sebelum pihak bomba sampai.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan dan pendarahan di mulut telah diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan