31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Siapa sebenarnya ‘king maker’ dalam PRU-15?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

ISU paling hangat yang diperkatakan pada hari ini ialah bilakah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan?

Sama ada sebelum pembentangan Bajet 2021 Oktober atau awal November ini atau selepasnya iaitu Januari tahun hadapan.

Isu kedua paling hangat ialah apakah UMNO tidak perlukan Bersatu?

Sebaliknya, UMNO hanya perlukan Pas sahaja untuk menghadapi PRU-15. Kononnya UMNO dengan Pas, dua parti ini boleh memerintah negara semula.

Kononnya, dengan Muafakat Nasional, UMNO boleh mengembalikan kejayaan yang dicipta sejak 1957 sehingga 2018.

Kononnya akar umbi meminta pemimpin UMNO menuntut semula kerusi-kerusi dari Ahli Parlimen UMNO yang melompat ke Bersatu.

Ini terutama kerusi Parlimen Mersing, dari si mulut celupur Dr. Abdul Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar yang sombong dan bongkak.

Kesombongan Dr. Latiff meniupkan api kemarahan dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.

SIAPA SEBENARNYA KING MAKER?

Ada yang kata Pas akan menjadi penentu dalam PRU-15.

Ada yang kata UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama Pas, sudah cukup untuk memerintah Putrajaya, tidak perlukan Bersatu.

Ada juga yang kata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menentukan siapa bakal Perdana Menteri selepas PRU-15.

Ada yang kata, Sabah dan Sarawak penentu segala-galanya.

HAKIKAT SEBENARNYA

Tidak ada king maker. Tidak ada parti penentu dalam PRU-15 ini.

Advertisements

Apa yang sebenarnya ialah gabungan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) ini memerlukan antara satu sama lain, saling memerlukan untuk terus berkuasa.

Pemimpin UMNO tidak perlu sombong dan mendabik dada, kononnya mereka kini sudah cukup kuat dan diterima rakyat selepas kalah pada PRU-14.

Pemimpin Bersatu tidak perlu sombong, walaupun ketika ini Presidennya merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Dr. Latiff tidak perlu angkuh kerana beliau masih memerlukan undi ahli-ahli UMNO di Mersing untuk menang.

Pas tidak perlu rasa dia penentu segala-galanya kerana parti itu memerlukan rakan politik yang kuat untuk terus berada di dalam kerajaan.

Parti Amanah terus menjadi saingan kepada Pas.

GPS juga tidak perlu merasakan mereka adalah king maker kerana tanpa UMNO, Pas dan Bersatu, GPS juga tidak akan dapat berada dalam kerajaan Persekutuan.

Tambahan pula, Sarawak bakal menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Sedarlah bahawa tidak ada satu atau dua parti yang benar-benar kuat untuk memerintah negara ini.

Kita perlukan semua parti di bawah naungan PN untuk berjaya menghadapi PRU-15, berhadapan dengan Pakatan Harapan (PH).

Inilah dinamika baharu politik Malaysia, ini realiti politik negara hari ini.

Apa yang penting, jangan ulangi kesilapan yang silam. 22 bulan yang amat menyiksa rakyat.

Jangan sampai kita memberi peluang sekali lagi kepada DAP, PKR dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memerintah negara ini.

Mereka gagal, mereka menghancurkan negara! – ABDUL RAHMAN ABDULLAH


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan