26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

YPM peruntuk RM3.8 juta bantuan persekolahan pelajar B40

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YAYASAN Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan sejumlah RM3.8 juta untuk bantuan persekolahan kepada pelajar kumpulan B40 tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan itu memberi manfaat kepada lebih 30 ribu pelajar B40 di seluruh negara.

“Yayasan Pelajaran Mara ni adalah merupakan satu badan organisasi yang mempunyai skim bantuan untuk para pelajar kurang berkemampuan.

“Jadi bantuan ni boleh berbentuk one-off kewangan, barangan dan juga kelengkapan persekolahan.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Terap di Pusat Khidmat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Padang Terap, Kedah, hari ini.

Pada majlis tersebut, Mahdzir menyampaikan bantuan persekolahan YPM kepada 200 orang pelajar B40 di Padang Terap dengan nilai bantuan berjumlah RM20 ribu.

Advertisements

Jelas Mahdzir, YPM mempunyai tiga bentuk Skim Bantuan Persekolahan yang digerakkan secara berkala.

Skim tersebut ialah Skim Bantuan Persekolahan YPM NGO/Rakan Strategik – SBP, Skim Bantuan Khas Persekolahan (SBKP) dan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP).

“Program bantuan ini berterusan tidak kira di mana tempat, asalkan kita dapati bahawa ada pelaporan menunjukkan bahawa ada di sekolah-sekolah tertentu dan juga di pejabat-pejabat pendidikan daerah meminta kita salurkan bantuan ataupun sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA,” kata Mahdzir.

Untuk rekod, tahun lalu YPM menyalurkan bantuan persekolahan berjumlah lebih RM4.1 juta kepada 53,741 orang pelajar B40 di seluruh negara.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan