27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Jalan lama Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup sementara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JALAN lama Bukit Tinggi-Genting Sempah Bentong, Pahang, ditutup berikutan kejadian tanah runtuh dan banjir susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, terdapat beberapa lokasi tanah runtuh di kawasan berkenaan menyebabkan laluan terpaksa ditutup buat sementara.

“Bagaimanapun, jalan ke arah Janda Baik masih boleh dilalui. Cuma jalan lama Bukit Tinggi-Genting Sempah yang ditutup.

“Buat masa ini trend air sedang menurun di kawasan yang dinaiki air,” katanya hari ini.

Advertisements

Zaiham berkata, polis bersama pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di lokasi kejadian bagi membantu serta mengawal keadaan.

Bagaimanapun menurutnya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan rakaman video yang menunjukkan kejadian banjir serta tanah runtuh yang dikatakan berlaku di kawasan Janda Baik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan