26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Puad Zarkashi dilantik Speaker DUN Johor Ke-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Dewan Undangan Negeri Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 pada mesyuarat pertama bagi penggal persidangan pertama DUN di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor.

Mohd. Puad, 64, merupakan calon tunggal yang dicadangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan disokong ADUN Buloh Kasap Datuk Zahari Sarip, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri.

Menyifatkan lantikan beliau sebagai satu penghormatan yang tinggi, Mohd. Puad memberi jaminan untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin seperti sumpah yang telah dilafazkan.

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar semua ADUN menjadikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebagai panduan, supaya tidak menjadikan persidangan dewan sebagai “sangkar beruk” sebaliknya menumpukan kepada pelan tindakan membantu rakyat serta membangunkan ekonomi Johor, ketika baginda bertitah pada pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14, Ogos tahun lepas.

Advertisements

“Ingin saya ingatkan Dewan ini menjadi tempat kita berbincang dan berbuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri Johor. Jangan cemarkan Dewan mulia ini dengan perangai buruk. Ini adalah Dewan mulia bukan dewan sangkar beruk.

“Justeru, Ahli-Ahli yang berhormat marilah kita berbahas secara kritikal tetapi konstruktif… sebagai pembina sendi-sendi negara dan bangsa,” kata beliau selepas mengangkat sumpah di sini pada Khamis.

Mohd. Puad turut merakamkan penghargaan kepada bekas Speaker DUN Suhaizan Kaiat dan Timbalan Speaker Gan Pek Cheng atas khidmat mereka.

Pada pilihan raya negeri Johor bulan lepas, Mohd Puad, yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, memenangi kerusi Rengit dengan majoriti 1,930 undi, sekali gus menewaskan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir dan bekas ADUN Senggarang Khairuddin A Rahim daripada PKR. – Bernama

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan