26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

‘Kami lari sebab kawan lari…’ – alasan dua tahanan Rohingya lolos

Alasan diberikan dua tahanan Rohingya yang diberkas sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7)

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“KAMI lari kerana semua rakan melarikan diri,”

Itu alasan diberikan dua tahanan Rohingya yang diberkas sepasukan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) di jalan Sungai Rambai, Relau dekat Bandar Baharu, malam Rabu.

Dua tahanan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikesan sekitar 9.58 malam selepas bersembunyi kira-kira 18 jam di dalam kebun kelapa sawit, terletak kira-kira 2 Kilometer dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Mereka juga mendakwa tidak terlibat dengan kumpulan yang memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang namun bertindak melarikan diri kerana ketakutan.

Kira-kira 10 anggota pasukan pencari bersama bahagian D7 bekerjasama mengesan dan menahan saki- baki etnik Rohingya di sekitar kawasan depot.

Advertisements

Terdahulu petugas media menerima maklumat terdapat empat tahanan Rohingya melarikan di kawasan bukit berhampiran depot tersebut.

Bagaimanapun, pencarian kira-kira sejam di kawasan semak dan berbukit itu gagal menemukan tahanan.

Menerusi tinjauan Bernama setakat pukul 10.30 malam ini, pihak berkuasa masih mengawal ketat kawasan sekitar bukit selain turut dibantu penduduk kampung.

Dalam kejadian awal pagi hari ini, seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang merupakan tahanan di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, melarikan diri dari depot tersebut.

Daripada 528 yang melarikan diri dari depot yang menempatkan 664 orang tahanan itu, seramai 357 telah dikesan semula termasuk enam yang maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika melintas Lebuh raya PLUS di KM168 menghala selatan, berhampiran kawasan Jawi.- Bernama

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan