25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sesi bersemuka pelajar sekolah menengah bermula esok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SETELAH dua minggu mengikuti pembelajaran secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak 21 Mac, pelajar sekolah menengah akan memulakan persekolahan secara bersemuka esok.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berharap agar semua pelajar dapat memaatuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengekang risiko jangkitan COVID-19.

“Sama-sama kita doakan semoga anak-anak ini dapat meneruskan persekolahan dengan teratur dan selamat. Untuk anak-anak, patuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengekang risiko jangkitan COVID-19.

“Selamat belajar, selamat kembali ke asrama dan selamat berpuasa pak cik ucapkan buat anak-anak semua,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Radzi turut menyatakan, sejak awal pagi, beliau banyak menerima perkongsian ibu bapa tentang anak-anak sekolah berasrama yang mula melapor diri di sekolah masing-masing.

Advertisements

Untuk rekod, semua pelajar menengah hanya akan hadir untuk sesi bersemuka bermula esok tanpa sebarang penggiliran pelajar.

Ketetapan berkenaan tertakluk kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah menengah pendidikan khas (SMKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

Ia turut membabitkan pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Pra-Universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Untuk sekolah berasrama sepenuhnya, terdapat perbezaan dengan sekolah lain. Bagi pelajar berasrama sepenuhnya, pelajar yang dibenarkan masuk ke asrama pada 4 April ialah pelajar Tingkatan, 2, 3, 4, 5 dan Pra-Universiti, IBDP serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Manakala pelajar Tingkatan 1 yang berjaya masuk ke sekolah berasrama perlu memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke berasrama diumumkan,” katanya.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan