25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM hadiri Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2022 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena Ekspo 2020 Dubai.

Menurut Perdana Menteri, persidangan yang mengangkat tema Membentuk Kerajaan Masa Hadapan itu telah dihadiri oleh Perdana Menteri yang juga pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Beliau berkata, persidangan terbesar itu telah menghimpunkan ketua-ketua negara, serta pakar-pakar pelbagai bidang dari seluruh dunia.

“Pada persidangan dua hari yang bermula pada 29 Mac ini, pelbagai isu telah diketengahkan termasuk isu-isu global, ekonomi dan pentadbiran menerusi lebih 100 sesi yang diadakan,” kata Perdana Menteri menerusi Facebooknya malam ini.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, menerusi persidangan tersebut, ketua-ketua dunia dapat membincangkan kerjasama masa hadapan bagi mendepani cabaran luar jangka seperti pandemik COVID-19.

Malaysia sebelum itu turut mengambil bahagian dalam Ekspo 2020 Dubai yang berlangsung sejak Oktober 2021 lalu sehingga 31 Mac ini.

Pavilion Malaysia telah menerima 1.1 juta pengunjung sejak bermulanya penganjuran ekspo tersebut sehingga 29 Mac, yang mana ia merupakan satu lagi pencapaian yang membanggakan negara.

Sebanyak 452 buah syarikat dari Malaysia turut hadir untuk menyertai program perdagangan dan perniagaan yang dilaksanakan secara minggu bertema, mengetengahkan lebih daripada 10 industri, termasuk kesihatan, pendidikan, industri halal, pelancongan dan lain-lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan