29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Bekas pegawai ditahan SPRM, kes terowong dasar laut P. Pinang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pegawai tertinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang hari ini berhubung siasatan projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Menurut sumber SPRM, penahanan itu dilakukan selepas agensi itu memperoleh bukti baru dalam siasatannya dalam projek yang pernah dicadangkan kerajaan negeri sebelum ini.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan pada pukul 2 petang di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Sumber di Putrajaya itu memberitahu sebuah portal bahawa SPRM telah membuka semula siasatan kes yang pernah menjadi perbualan ramai itu berdasarkan ‘beberapa bukti baru’ yang ditemui.

Advertisements

“Banyak saksi akan dipanggil. Mereka dari kalangan pegawai negeri itu,” kata sumber itu yang dipetik dari laman web portal, Malaysiakini.

Difahamkan, lelaki itu yang merupakan seorang bekas kakitangan sebuah parti, dipanggil ke ibu pejabat SPRM petang ini untuk dirakam keterangannya dan akhbar The Star juga melaporkan bahawa pegawai SPRM juga menggeledah rumah lelaki berkenaan di Batu Ferringhi.

Terowong bawah laut adalah terowong sepanjang 7.2 km yang menghubungkan George Town di Pulau Pinang dengan Butterworth – yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang dirancang sejak tahun 2011. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan