33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Keputusan penempatan 4,828 guru baharu 18 Mac ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN rasmi bagi penempatan 4,828 calon yang telah berjaya dalam pengambilan khas secara one-off Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac ini.

Makluman tersebut telah disampaikan Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata, calon-calon yang telah berjaya itu akan mula melaporkan diri di penempatan yang telah ditetapkan pada 4 April kelak.

“Semakan penempatan masing-masing boleh dibuat bermula pada 18 Mac ini menerusi portal e-Graduan Kementerian Pendidikan (KPM) di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

Advertisements

“Pelaksanaan inisiatif pengambilan khas guru secara one-off yang melibatkan keseluruhan 18,702 orang ini adalah antara usaha menangani isu kekurangan guru yang telah berlarutan sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi turut mengucapkan tahniah dan menyeru agar calon yang telah berjaya dilantik sebagai guru melaksanakan amanah yang telah diberikan dengan seikhlas hati.

“Tahniah. Selamat maju jaya dan selamat bertugas kepada semua guru baharu yang akan memulakan tugas.

“Laksanakanlah amanah sebagai guru dengan bekerja seikhlas hati demi kecemerlangan anak-anak generasi pewaris negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan