25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bekas PM Jepun dijadual menghadap Agong hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin di Istana Negara, di Kuala Lumpur hari ini.

Ia antara acara lawatan khas ke Malaysia selama tiga hari beliau yang juga merangkap Utusan Khas Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, bermula dari semalam sehingga esok.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan tersebut juga bersempena Ulang Tahun Ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (DPT) serta 65 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Jepun.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut akan menerima kunjungan hormat beliau dan meraikannya dalam satu majlis makan malam rasmi hari ini,” kata Wisma Putra.

Advertisements

Abe, 67, merupakan Perdana Menteri Jepun dari 2006 hingga 2007 dan 2012 hingga 2020 iaitu empat penggal sekali gus penyandang jawatan terlama dalam sejarah negara tersebut.

Wisma Putra menambah, Abe dijadualkan menerima penganugerahan ijazah Doktor Kehormat Politik Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Ia bersempena Majlis Konvokesyen Ke-36 di kampusnya di Gombak, Selangor pada esok yang turut diserikan dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda sendiri,” jelas kenyataan itu.

Lawatan khas Abe tersebut ujarnya, mencerminkan keakraban dan kerjasama erat dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan Jepun terutamanya tempoh empat dekad pelaksanaan DPT.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan