26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PM mahu permohonan pengambilan tanah segera diluluskan

Kelulusan ini penting bagi memastikan projek kerajaan Persekutuan dapat dilaksanakan segera demi kesejahteraan Keluarga Malaysia

Mesti Baca

KERAJAAN negeri perlu memberi keutamaan dan menyegerakan kelulusan permohonan pengambilan tanah untuk projek kerajaan Persekutuan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ini penting bagi memastikan agenda kesejahteraan Keluarga Malaysia dapat dilaksanakan.

Menurut beliau, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kerajaan memberi tumpuan terhadap beberapa projek infrastruktur berimpak tinggi serta memberi limpahan ekonomi yang besa kepada negeri-negeri terbabit.

Ini termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), landasan berkembar elektrik Gemas ke Johor Bahru, Projek Sistem Transit Rapid (RTS), Lebuh raya Pantai Barat (WCE), Central Spine Road dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.

“Agenda perbincangan hari ini ialah komitmen bersama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri berhubung perolehan tanah untuk pelaksanaan pembangunan kerajaan berkepentingan awam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Sebelum itu Ismail Sabri mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 di Putrajaya.

Perdana Menteri berkata, dalam mesyuarat tersebut, sebanyak lima kertas dibentangkan berkaitan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan agenda kesejahteraan Keluarga Malaysia dapat dilaksanakan.

Kata beliau, mesyuarat turut dimaklumkan mengenai Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang akan bermula April 2022 melibatkan 480 lokaliti rintis melibatkan semua pihak khususnya kerajaan negeri.

“Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai strategi pengurusan bencana disebabkan keadaan cuaca tidak menentu akibat pemanasan global melibatkan 11 penyelesaian jangka pendek dan 9 jangka panjang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan