33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Banjir kilat: Sebahagian KL bergelap, 40 pencawang TNB ditutup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TENAGA Nasional Berhad (TNB) menutup sebanyak 40 pencawang elektrik ekoran banjir kilat yang berlaku di Pusat Bandar hari ini.

TNB Careline dalam satu hantaran di Facebook berkata, susulan hujan dan diikuti banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, pihak TNB telah menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan para pengguna.

Menurut kenyataan berkenaan, antara pencawang yang ditutup adalah di Royal Cendana, BukIt Aman, Hospital Tang Lin, Jalan Kebun Bunga, The Royale Chulan Hotel, Bukit Bintang serta Suria Stonor.

“Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

Advertisements

“Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat,” katanya hari ini.

TNB Careline menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir.

“Simpan dokumen penting di tempat yang selamat. Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai,” ujarnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan