31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pengeluaran KWSP kekal pada umur 55 tahun

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Orang ramai menarik nafas lega apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agensi itu tidak mengubah had umur bagi ahli-ahlinya membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP.

KWSP hari ini memberi jaminan bahawa tiada sebarang perbincangan diadakan mengenai cadangan menaikkan had umur bagi membuat pengeluaran penuh simpanan daripada umur 55 kepada 65 tahun secara berperingkat.

KWSP, bagaimanapun berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan Bank Dunia baru-baru ini yang mencadangkan agar pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 KWSP dinaikkan dari umur 55 kepada 65 tahun.

“KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran tersebut,” menurut dana persaraan itu dalam kenyataan kepada Bernama.

Advertisements

Kata kenyataan itu, ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” katanya.

Seorang pengguna Internet, Apai Ferina berkata, KWSP sepatutnya memberi pilihan kepada ahli-ahli untuk membuat pengeluaran pada pringkat umur ke berapa selepas berumuur 55 tahun tanpa membuat sebarang paksaan. – EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan