31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kasihan Mahathir diperguna DAP, Anwar pula mungkin ‘melopong lagi’?

Mesti Baca

Zulkiflee Bakar
Zulkiflee Bakar
Penulis Khas Edisi 9

‘’Pengumuman Tun Mahathir akan hanya bekerjasama dengan DAP dan Amanah menampilkan taktik barunya untuk mengajak orang Melayu masuk dan menyokong DAP. Apakah semudah itu bangsa Melayu nak diputar belit dan dipeletok maruah mereka?.’’

Persoalan itu dilontarkan oleh Tan Sri Rais Yatim melalui twitternya bagi mengulas kenyataan Mahathir bahawa beliau bersedia menamatkan kerjasama dengan PKR jika parti itu terus menentang pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam keadaan Mahathir dilihat terdesak, DAP mengambil kesempatan mempergunakan Mahathir termasuk bagi mendapatkan sokongan orang Melayu. Hakikatnya, DAP tahu sejauh mana kemampuan Mahathir kalau dalam usia 95 tahun untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Tetapi mereka tetap menyokong beliau dan mengenepikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sekutu mereka sejak 22 tahun lalu. Adakah mereka rasa Mahathir lebih mudah untuk mereka ‘kawal’ berbanding dengan Anwar?

‘’Sebenarnya dalam usia 95 tahun, Mahathir sudah ada keterbatasan untuk berfikir ‘secara lurus’ tetapi DAP tetap mencalonkan Mahathir kerana dilihat mahu mempergunakan beliau. Kalau DAP tidak ada niat macam itu, kenapa mereka tidak mencalonkan Anwar? ,’’ kata seorang pemerhati politik.

Kata pemerhati politik itu lagi, apa yang berlaku memalukan orang Melayu dan seolah-olah orang Melayu seperti Mahathir begitu mudah diperbodohkan .

‘’ Adakah DAP dan Amanah mahu melihat negara ini ‘hancur’ atau rosak (istilah popular yang selalu digunakan Mahathir ketika mahu mengkritik kerajaan) dan orang Melayu ‘dimalukan’ apabila ada individu yang sudah lanjut usia serta kemampuannya dipertikaikan dilantik sebagai Perdana Menteri?.

‘’Kalau mereka betul mahu melihat negara ini maju dan stabil, parti-parti dalam PH tidak sepatutnya memilih Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu sudah tidak berupaya lagi,’’ kata pemerhati politik tersebut.

Kasihan Mahathir, keghairahan mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga telah membolehkan DAP mengambil kesempatan atas alasan pengaruh beliau mampu menarik sokongan orang Melayu.

Tetapi seperti mana pertanyaan Rais, ‘’ Apakah semudah itu bangsa Melayu nak diputar belit dan dipeletok maruah mereka?’’

Kalau ikut pemimpin DAP melalui formula peralihan kuasa ini, proses membuat keputusan berkenaan dengan pelantikan utama dan cara pentadbiran Kabinet perlu dipersetujui bersama.’’ Apakah ini bermakna sebagai Perdana Menteri, Mahathir tidak lagi mempunyai kebebasan?

Advertisements

Adakah segala-galanya perlu dirujuk kepada komponen PH plus yang semua orang tahu DAP paling dominan berbanding parti-parti lain kerana memiliki 42 kerusi? Mahathir hanya ada 5 kerusi, Amanah (11 kerusi) dan Warisan (9 kerusi) manakala PKR (39 kerusi).

Walaupun sebelum ini Mahathir menegaskan, bukan mudah untuk DAP mendominasikan Kerajaan PH tetapi ramai meraguinya.

Sementara itu, apa pula perasaan Anwar apabila DAP dengan disokong oleh Amanah menyatakan pelan peralihan kuasa yang dibuat ‘’adalah cara paling pasti untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.’’

Kasihan Anwar, beliau dilihat akan ‘melopong’ lagi. Selepas 22 tahun berkawan dengan DAP dan sering diuar-uarkan sebagai bakal Perdana oleh rakan-rakan PH selama bertahun-tahun tetapi apabila Mahathir muncul sjak 2018, Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya menjadi pilihan kedua.

Kita masih ingat, dahulu Anwar bersama pemimpin DAP sepentas memaki hamun Mahathir tetapi sekarang bila sudah berkawan dengan Mahathir, Anwar pula hanya diletakkan sebagai pengganti.

DAP dan Amanah lebih selesa untuk memilih Mahathir sebagai Perdana Menteri bagi tempoh enam bulan – Itupun kalau Mahathir mahu meletakkan jawatan.

‘’Maknanya tanpa DAP dan Mahathir, Anwar tidak berupaya menjadi Perdana Menteri dan Anwar dilihat tidak ada formula bagi mencapai cita-citanya, formula itu ada pada DAP yang disokong Amanah,‘’ kata pemerhati politik tersebut.

Anwar sepatutnya sedar bahawa Mahathir sudah menjejaskan hubungan beliau dengan DAP, walaupun DAP dan Amanah menyatakan tidak pernah meninggalkan Presiden PKR itu.

Menyatakan peralihan kuasa adalah cara paling pasti untuk Anwar menjadi Perdana Menteri seolah-olah mereka sendiri tidak yakin Anwar boleh menarik sokongan Melayu memandangkan sebelum ini Mahathir pernah berkata, orang Melayu tidak boleh menerima Anwar kerana berfikiran liberal.

Mungkin sekali lagi Anwar tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri sebabnya hanya satu- Mahathir yang akan menduduki jawatan itu atas sokongan DAP dan sekutunya.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan