31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Mane dikejar ke hospital selepas kepala terhantuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BINTANG Liverpool, Sadio Mane dibawa ke hospital selepas membantu Senegal mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika awal pagi tadi.

Memetik agensi, kad merah diterima Cape Verde membuatkan negara kerdil Afrika itu berdepan halangan sukar bertemu Senegal yang diperkuatkan ramai bintang.

Namun, persembahan bersemangat Cape Verde berjaya membayangi Senegal sepanjang 60 minit.

Bagaimanapun semua kerja keras pasukan itu akhirnya musnah apabila penjaga gol mereka dibuang padang kerana mengasari Mane yang cuba menyudahkan hantaran bola ke gawang.

Advertisements

Mane cuba menyambut hantaran bola manakala penjaga gol keluar untuk menyelamatkannya.

Bintang Liverpool itu berjaya mendapatkan bola terlebih dahulu ketika kedua-duanya terhantuk kepala dan terbaring di padang.

Vozinha dibuang padang kerana pelanggaran itu menyebabkan pasukan berkenaan terpaksa bermain sembilan orang pada baki permainan.

Mane yang masih belum pulih sepenuhnya terus bermain dan seminit kemudian membuka jaringan pada perlawanan itu untuk mara dengan kemenangan 2-0. – Agensi

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan