33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Azizulhasni tolak tawaran kelab-kelab dunia demi negara

Mesti Baca

JAGUH basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang pernah mendapat tawaran beberapa kelab ternama dunia agar menyertai mereka, namun menolaknya demi tanggungjawab kepada negara.

Pemegang pingat perak Olimpik itu berkata, sekiranya beliau menerima tawaran-tawaran tersebut sudah tentu ia mengganggu perancangan dan persiapan untuk kejohanan-kejohanan utama termasuk temasya sukan keutamaan negara.

“Saya sedia maklum yang Malaysia telah membuat banyak pelaburan untuk memastikan saya berada di mana saya telah berada pada hari ini.

“Oleh itu, saya sentiasa pastikan setiap wang yang dilaburkan akan saya cuba untuk balas balik baik dari segi pencapaian, pengorbanan mahupun memulangkan kembali kepada masyarakat dan juga negara tercinta,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Pelumba yang digelar The Pocketrocketman itu berkata, beliau pernah menerima tawaran pasukan profesional Drapac yang dikenali sebagai UciPro Conti tetapi menolaknya kerana lebih berminat untuk bertanding dalam acara trek berbanding lebuh raya.

Azizulhasni, 34, anak kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, kerana kecemerlangan dan konsistensi dalam perlumbaan antarabangsa dalam acara keirin, beliau juga beberapa kali ditawar Persatuan Keirin Jepun (JKA) untuk menyertai perlumbaan di negara itu.

Advertisements

“Menjadi cita-cita setiap pelumba keirin untuk dipilih dan berlumba di sana (Jepun), peluang untuk mengaut wang kemenangan yang besar juga adalah antara yang ditawarkan jika berlumba di siri perlumbaan di sana.

“Selepas mengambil sedikit masa, saya membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut dengan penuh hormat,” katanya.

Azizulhasni berkata, beliau juga beberapa kali menerima tawaran untuk perlumbaan jemputab di Eropah seperti Six-day Track Series yang terkenal di benua itu dan mendapat liputan penyiaran antarabangsa tetap beliau juga menolaknya.

“Semua ini adalah kerana saya mengutamakan tanggungjawab saya kepada pasukan negara tercinta,” katanya.

Kelmarin, pemain badminton no 1 negara, Lee Zii Jia mengumumkan keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjadi pemain profesional.

Keputusan bekas juara All England itu menyebabkan BAM bertindak tidak mendaftar penyertaan Zii Jia dalam mana-mana kejohanan dunia selama dua tahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan