32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

MBI Selangor salur bantuan banjir RM1.5 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Selangor Diperbadankan (MBI Selangor) menyalurkan RM1.5 juta menerusi Jabatan Tanggungjawab Sosial Korporat kepada mangsa banjir di negeri ini.

MBI Selangor berkata, bantuan itu membabitkan wang ehsan, makanan dan keperluan asas serta peralatan pembersihan kepada kakitangan dan orang awam mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Pejabat Tanah dan Daerah serta agensi kerajaan di negeri ini.

“Di peringkat kerajaan negeri, MBI dan beberapa syarikat milikan turut menyumbang lebih RM1.3 juta kepada Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit yang diwujudkan untuk membantu mangsa banjir di Selangor.

“Sumbangan diberi diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban dan kesedihan kakitangan serta mangsa banjir yang terbabit untuk bangkit semula membina kehidupan,” katanya.

Advertisements

Banjir terburuk yang melanda Lembah Klang mengakibatkan rumah sebilangan kakitangan ditenggelami air.

Sehubungan dengan itu, MBI Selangor mengambil inisiatif pantas dengan menyalurkan sumbangan RM3,000 kepada setiap warga kerja yang terkesan dan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Norita Mohd Sidek.

“Selain wang tunai, barangan keperluan asas dan makanan, kakitangan terbabit turut menerima tilam, selimut dan bantal yang disumbangkan oleh Bukit Beruntung Golf Resort Sdn Bhd.

“Selain itu, kerja-kerja pembersihan rumah kakitangan yang terkesan akibat banjir turut dilaksanakan secara gotong royong oleh 30 sukarelawan terdiri daripada warga kerja MBI,”katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Masa depan negara cerah jika pekerja terus komited – Zahid

MASA depan negara akan lebih cerah jika semua pekerja di segenap sector memberikan komitmen dan berusaha untuk menjadi yang...

Lagi Artikel Berkaitan