32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Doktor jual sijil vaksinasi palsu disambung reman dua hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERINTAH reman terhadap doktor swasta yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 disambung sehingga Khamis ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang.

Lanjutan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, suspek yang ditahan pada Sabtu lalu direman selama tiga hari sehingga hari ini.Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek pada Sabtu.

Advertisements

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September tahun lalu selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Dalam tempoh berkenaan, lebih 1,900 sijil vaksinasi COVID-19 dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600.

Malah pembeli Sijil vaksinasi palsu juga dikesan ada dari Kuala Lumpur dan Kedah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan