26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tak hadir Dewan Negara, Hamzah ditegur Speaker

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini menegur Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kerana sudah lama tidak menghadiri sidang Parlimen.

Memetik laporan Utusan Online, teguran itu dibuat ketika Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin bangun untuk menjawab soalan lisan.

“Nak komen sikit sahaja. Yang Berhormat menteri tidak pernah datang ke Dewan, sampaikan salam,” sindir Rais dan disambut dengan gelak kecil Senator lain.

Jonathan sebagai respons dalam nada yang lebih serius menjawab: “Saya akan sampaikan pesan itu Tan Sri”.

Advertisements

Beliau kemudiannya meneruskan untuk menjawab soalan lisan tersebut.

Jonathan ketika itu diminta menjawab soalan berkait penakrafan warganegara Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dibangkitkan oleh Senator Aziz Arifin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan