26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

4,401 kes sembuh dilaporkan, atasi kes harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 4,401 kes sembuh jangkitan Covid-19 direkodkan berbanding 3,504 kes positif pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,606,309 kes.

Katanya, daripada 3,504 kes positif baharu, 76 kes merupakan kategori 3, 4, dan 5 dan selebihnya terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes import 24 kes (15 warganegara; 9 bukan warganegara). Kes tempatan 3,480 kes [3,364 warganegara (96.7 peratus); 116 bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 408 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selain 206 kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan enam lagi kluster baharu dikenal pasti pada hari ini.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan