26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Parti liar: 305 individu dikompaun RM1.56 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH berparti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, Kuala Lumpur malam tadi apabila kesemua 305 individu dikenakan kompaun sebanyak RM1.56 juta.

Mereka ditahan terdiri daripada 189 lelaki dan 110 wanita yang merupakan 216 warga asing dan 87 warga tempatan serta dua penganjur.

Serbuan dijalankan oleh 23 pegawai dan 105 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPDA) Brickfields.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, pihaknya turut menahan seramai 216 warga asing dalam serbuan itu.

Katanya, pemeriksaan mendapati semua individu yang diperiksa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu berkumpul di satu tempat hingga menyukarkan penjarakan sosial.

“Kompaun RM50,000 dikenakan terhadap dua penjaga dan penganjur manakala seramai 303 pengunjung dikompaun RM1.515 juta.

Advertisements

“Kesemua tangkapan dibawa IPD Brickfields untuk disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta 342 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Amihizam, sisatan turut dilakukan di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2021 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan penetapan MKN bagi memastikan rantaian Covid-19 diputuskan sepenuhnya.

“Sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP Pelan Pemulihan Negara atau apa-apa perbuatan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan