25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Tinggalkan kereta di Jambatan Kedua sebelum terjun laut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di kilometer 8.5 arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung, Pulau Pinang hari ini.

Mangsa, Chow Yarn Wai, 39, dari Kuala Lumpur telah meninggalkan kereta jenis Toyota Prius bersama barangan peribadi di jambatan itu sekitar pukul 4.40 pagi.

Menurut Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed, gerakan mencari mangsa diaktifkan sebaik pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian dari Pusat Kawalan Trafik Jambatan Kedua Pulau Pinang.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) sudah ditubuhkan berhampiran jambatan kedua dan gerakan mencari masih diteruskan.

Advertisements

“Operasi ini turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin Batu Uban dan Agensi Pertahanan Awam dengan keluasan pencarian adalah 22.42 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Razak berkata, Maritim Malaysia memandang serius kes sebegini dan berharap masyarakat tidak mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan membuat keputusan yang terburu-buru.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menghubungi pihak Maritim Malaysia dan melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan