32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

JAS buru pemilik kebun buat pembakaran terbuka

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik tanah susulan insiden pembakaran kebun kelapa sawit di Jalan Sijangkang Utama, Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Selangor, pada Ahad lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya mendapat makluman mengenai kebakaran itu melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang melakukan kerja pemadaman api.

Katanya, siasatan mendapati lokasi berkenaan adalah kebun kelapa sawit terbiar yang sedang dibersihkan untuk tanaman semula kelapa sawit.

“Pembakaran itu juga menyebabkan berlaku jerebu setempat (di kawasan kebakaran) yang sederhana yang mana Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan antara 51 hingga 100.

“Jerebu berkenaan bagaimanapun sudah tiada dan JAS juga mengarahkan kerja-kerja di tapak dihentikan.

“Tindakan selanjutnya adalah siasatan serta pendakwaan akan dilakukan terhadap pemilik tanah mengikut Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara sehingga maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya hari ini.

Advertisements

Nor Aziah berkata, JAS juga memberi amaran tegas bahawa pelaku aktiviti pembakaran terbuka seumpamanya boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan dibuat.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis memaklumkan pihaknya menerima aduan kebakaran kebun sawit itu sekitar jam 8.21 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan belukar berkeluasan satu ekar (0.40 hektar) yang mana pasukan menggunakan ‘portable pump’ sumber air terbuka untuk proses pemadaman.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7 malam dan padam sepenuhnya 25 minit kemudian.

“Insiden itu turut dimaklumkan kepada JAS untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertembungan empat penjuru

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Khairul Azhari Saut...

Lagi Artikel Berkaitan