31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

UMNO hargai ahli setia, kekal perjuangan parti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO amat menghargai ahli-ahlinya yang setia dan terus kekal bersama dalam perjuangan parti itu.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tunjang kekuatan UMNO adalah ahli-ahlinya diperingkat akar umbi yang tidak mengalah biarpun diuji dengan situasi kehilangan beberapa pemimpinnya.

“Pada tahun 2018 apabila sebahagian daripada rakan-rakan kita dalam UMNO diperingkat kepimpinan telah keluar daripada parti ini.

“Saya tak kisah mereka hendak pergi ke mana, tetapi yang hendak saya nyatakan bukan ke mana mereka pergi, yang saya hendak nyatakan semangat Ahli Cawangan, semangat Ketua Cawangan, semangat Ketua Wanita, Pemuda, Puteri dan kepimpinan Bahagian yang terus berjuang walaupun sudah tahu kita kalah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Cawangan UMNO Berkelompok DUN Bengkoka dan Pitas di Pejabat UMNO Bahagian Kudat, Sabah, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Kudat, Akram Ismail.

Menurut Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, ahli-ahli yang setia kepada parti itulah yang telah meneruskan kelangsungan UMNO di seluruh negara.

Advertisements

Ahli-ahli UMNO juga tidak perlu lagi malu untuk memakai baju berwarna merah yang melambangkan UMNO atau mengaku diri sebagai ahli UMNO.

Dalam tempoh 22 bulan menjadi pembangkang, UMNO katanya tidak punya apa-apa dan menghadapi pelbagai ujian seperti Pilihanraya Kecil DUN dan juga Pilihanraya Negeri Sabah.

“Datuk Seri Bung diuji pada waktu itu kerana ada Pilihanraya Kecil Kimanis, panggil kawan-kawan seluruh Sabah, sekarang kita mahu pilihanraya Kimanis, kita pembangkang, kita mahu himpunkan jentera, jentera pun kurang pengalaman.

Tambah Mahdzir, kemenangan dalam Pilihanraya Negeri Sabah telah meletakkan semula UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai peneraju kerajaan negeri itu.

“Dari Perlis sampai ke Sabah, UMNO sebuah parti yang ada strukturnya di semua peringkat. Kita kena terus kuatkan parti untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 nanti, kekuatan UMNO ada di akar umbi. Kita hanya nak menang pilihanraya dan kembalikan agenda membangunkan negara.

“Jangan jadi macam ketam dalam kotak, satu nak naik, yang lain tarik sampai jatuh. Sampai tidak ada yang boleh keluar. Elakkanlah sikap seumpama itu di dalam UMNO. Marilah kita sama-sama bersolidariti untuk meneruskan agenda perjuangan parti,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan