24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Kes harian COVID-19 yang terendah hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES harian COVID-19 menunjukkan penurunan paling rendah hari ini apabial merekodkan sebanyak 5,434 kes.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 5,434 kes harian tersebut , sebanyak 151 kes (2.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, sebanyak 5,283 kes (97.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Terdapat lima kes import melibatkan seorang warganegara dan bukan warganegara).

“Sementara, sebanyak 5,429 kes tempatan dilaporkan melibatkan seramai 5,050 warganegara (93.0 peratus) dan seramai 379 bukan warganegara (7.0 peratus),” katanya.

Beliau berkata, kes sembuh hari ini merekodkan sebanyak 8,435 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini mencecah 2,278,955 kes atau, 95.1 peratus.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 682 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : (622 kes disahkan COVID-19 ; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, sebanyak 357 kes memerlukan bantuan pernafasan :(286 kes disahkan COVID-19 ; 71 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 15 kluster baharu hari ini direkodkan menjadikan kluster aktif kini mencecah 656 kluster.

Baca juga:   Kluster tempat kerja sumbang kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

Sehingga 18 Oktober 2021, jumlah kes COVID -19 yang dilaporkan adalah 5,434 kes (2,396,121 kes). – Edisi 9

Baca juga:   5,439 kes baharu harian, 6 lagi kluster baharu
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

70% kluster baharu institusi pendidikan dalam tempoh seminggu

SEKITAR 70 peratus atau 62 kluster daripada 89 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membabitkan institusi pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>