32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Rasuah: Dua kakitangan agensi kerajaan ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan dua kakitangan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik sebuah syarikat swasta.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan, wang berkenaan adalah sebagai balasan bagi mendapatkan kontrak bernilai lebih RM180,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia antara 37 tahun dan 40 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Putrajaya, kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Katanya, kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta wang suapan kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak membekal, menghantar dan memasang kelengkapan serta peralatan pejabat yang dianggarkan bernilai lebih RM180,000 daripada agensi berkenaan.

Advertisements

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman esok.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan