25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pengedar dadah cuba rempuh anggota polis ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pengedar dadah berusia 20-an ditahan semasa cuba melarikan diri dengan merempuh kenderaan pasukan polis di Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan yang mengenai tayar hadapan kenderaan dinaiki suspek warga asing itu bagi mengelakkan suspek terus melarikan diri.

Video suspek hampir merempuh pasukan polis ketika cuba ditahan turut tular dalam media sosial sejak petang tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah, Superitendan George Abd Rakman, semasa anggota polis cuba memeriksa kenderaan yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, suspek enggan memberi kerjasama.

“Malah, suspek bertindak merempuh kenderaan polis beberapa kali dan cuba melanggar anggota yang berada di lokasi kejadian.

“Pihak polis terpaksa melepaskan dua das tembakan di tayar hadapan kiri dan kanan untuk mempertahankan diri dan menghentikan kenderaan suspek,” katanya hari ini.

Advertisements

George berkata, suspek kemudiannya bertindak memecut laju kenderaannya bagi melarikan diri namun suspek berjaya ditahan semula selepas bergerak sejauh 120 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan dinaiki suspek menemukan dua peket plastik lutsinar yang berisi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 100 gram.

“Suspek dan dadah yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan