26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ujian kendiri perlu dibuat jika pulang ke kampung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Orang ramai yang mahu pulang ke kampung atau bertemu keluarga di luar lokaliti perlu menjalani ujian kendiri COVID -19.

Itu pesanan di sampaikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan beliau di Twitter di sini.

Beliau berkata, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan memeriksa individu sama ada sudah lengkap divaksinasi atau sebaliknya apabila negara memasuki fasa endemik.

“Ia bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita semua mampu menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely.

“Oleh itu, sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri COVID -19 (RTK) air liur. Pastikan mereka selamat,” katanya.

Advertisements

Menurutnya, negara hanya berbaki 1.6 peratus sebelum sempadan negeri dibuka.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sudah beralih kepada ujian simptomatik.

“Justeru, kami menggalakkan individu yang bergerak dan bertemu dengan ramai orang atau mobiliti tinggi supaya melakukan ujian secara berkala,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh pengumuman kebenaran rentas negeri akan diumumkan sebaik sahaja negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan