26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Tiada kematian di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya berdasarkan data yang dikeluarkan laman web COVIDNOW, setakat malam tadi.

Bagaimanapun, Johor merekodkan angka tertinggi kematian COVID-19 dengan 47 kes daripada 240 kes kematian yang dilaporkan.

Daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 89 kes kematian sebenar bagi tempoh purata tujuh hari, menjadikan jumlah kematian COVID-19 di seluruh negara mencecah 25,935 kes.

Sementara, terdapat 71 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kumulatif kes BID sebanyak 5,168 kes.

Advertisements

Dalam pada itu, negeri-negeri lain yang mencatatkan kematian ialah Selangor (41), Sabah (38), Kuala Lumpur (21), Kedah (20), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kelantan (14), Perak (10), Terengganu (7), Melaka (4), Pahang (4) dan Perlis (1).

Di samping itu, jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan menunjukkan penurunan berbanding semalam, dengan sebanyak 563 orang (576 orang) dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 48.6 peratus.

Sementara itu, jumlah pesakit aktif COVID-19 yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam adalah seramai 985 orang dengan kadar penggunaa pesakit sebanyak 64.0 peratus (69.2 peratus kadar penggunaan keseluruhan)

Sehingga kini, terdapat 174,492 kes aktif melibatkan 144,631 kes dikuarantin di rumah, 19,598 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 9,278 kes di hospital, 422 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 563 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan